Pecahan ialah nomboh nisbah. Pecahan biasanya dinyatakan dalam bentuk a / b di mana a dan b ialah integer dan b tidak bersamaan dengan 0. Integer a dinyatakan sebagai pengangka dan integer b dibawah disebutkan sebgaia penyebut.
Pecahan juga merupakan pembahagian sesuatu objek atau rajah.
Pecahan juga terbahagi kepada tiga iaitu :
- Pecahan wajar
- Pecahan tak wajar
- Pecahan setara
Merupakan pecahan yang pengangkanya lebih kecil dari penyebutnya.
contohnya 1 / 2 , 2 / 4 , 4 / 8, 7 / 9........
Pecahan Tak wajar
Merupakan pecahan yang pengangkanya dan penyebutnya sama ataupun penyebut lebih besar daripada pengangka.
contohnya : 9 / 4 , 4 / 4 , 3 / 2 , 10 / 6 ........
Pecahan setara
Pecahan yang mempunyai nilai-nilai yang sama
contohnya 2 / 4 dan 4 / 8 ialah setara dengan 1 / 2
JENIS - JENIS PECAHAN
CARA MENUKARKAN PECAHAN TAK WAJAR KEPADA PECAHAN WAJAR
CONTOH PECAHAN
MENUNJUKKAN PECAHAN SETARA
Cara menukar pecahan tak wajar kepada
nombor bulat adalah seperti berikut:
bagaimana hendak mengetahui nombor yang diwakili oleh bahagian berwarna?
antara caranya ialah:
9 ÷ 3 = 3
9 mewakili bilangan yang terdapat di dalam gambar rajah, manakala 3 pula mewakili pecahan yang terdapat dalam satu bulatan.
oleh itu, bahagikan nilai 9 dan 3.
jumlahnya ialah 3.
jawapan bagi bahagian berwarna ialah 9/3 atau 3.
Nombor bulat boleh juga ditulis dalam bentuk pecahan.
Misalnya, 4 = 4/1 , 7 = 7/1
Cara menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur ialah:
1) bahagikan pengangka dengan penyebut
2) hasil bahagi (nombor yang berada di bahagian atas) akan menjadi nombor bulat
3) manakala, baki yang terdapat hasil pembahagian akan ditulis sebagai pengangka
4) penyebut pula diambil dari nombor pembahagi
Berikut merupakan langkah-langkah menukarkan pecahan bercampur kepada pecahan tidak wajar.
1) darabkan nilai penyebut dengan nombor bulat (berada di sebelah kiri)
2) kemudian, tambahkan hasil darab tadi dengan pengangka
3) untuk memperolehi jawapan, hasil tadi dijumlahkan dan dibahagikan @ diperkan dengan nilai penyebut
Misalnya:
Menambah Dua Pecahan
Jika nombor penyebut adalah sama..tambahkan nombor pengangka sahajaContoh 1:2 / 8 + 1 / 8 = ?Apa yang perlu dilakukan ialah mencampur bahagian pengangka sahaja dan membiarkan nombor penyebut dengan nilai yang diberikan,pengangka: 2 +3 = 5penyebut: 8jadi jawapannya adalah...5 / 8Contoh 2:
Penyelesaian:1) keluarkan segala maklumat yang terdapat didalam soalan penyelesaian masalahkata kunci :jumlah gula dan tepung (operasi tambah)maklumat dari ayat :5/17 kg tepung, 8/17 kg gulakehendak soalan :berapa jumlah gula dan tepung2) tukarkan soalan penyelesaian masalah kepada ayat matematik3) tambahkan sahaja nilai pengangka(nilai penyebut ambil nilai yang telah diberikan sekiranya penyebutnya mempunyai nilai yang sama)
5 + 8 = 13Dan jawapan untuk penyebut adalah sama, jadi jawapannya adalah 13/17Ayat matematik boleh ditulis seperti ini…Jika Penyebutnya tidak sama...Kita haruslah mencari angka sepunya terkecil bagi kedua-dua penyebut.Contoh 1:2/3 + 1/6 = ?(untuk mencari angka sepunya. Lihat penyebut yang paling kecil.)Dalam contoh ini, 3 < 6.Oleh itu, senaraikan sifir 3.369121518212429(terdapat nombor 6 dalam sifir 3. nilai 6 diperolehi dengan mendarab 3 dengan 2)lakukan pengiraan seperti contoh di bawahContoh 2:1 / 3 + 2 / 5 = ?Dalam contoh 2, kita perlu tahu tiada jawapan 5 dalam sifir 3 dan tiada jawapan 3 dalam sifir 5.Oleh itu, kita perlu menyenaraikan sifir 3 dan 5 untuk cari angka sepunyai terkecil bagi 3 dan 5.- pendaraban silang turut boleh dilakukan untuk memudahkan pengiraanContoh 3:
Penyelesaiannya:1) keluarkan segala maklumat yang terdapat didalam soalan penyelesaian masalahkata kunci :berapa inci (operasi tambah)maklumat dari ayat :1/2 inci, 1/4 incikehendak soalan :berapa inci yang perlu dipotong2) tukarkan soalan penyelesaian masalah kepada ayat matematik1/2 + 1/4 = ?3)cari nilai angka sepunya terkecil bagi kedua-dua penyebut
sifir 2 sifir 42 44 86 12(angka sepunya terkecil bagi kedua-dua sifir ialah 4)selesaikan ayat matematik tersebut:Hasilnya ialah 3/4
Menambah Tiga Pecahan
Jika nombor penyebut adalah sama...
tambahkan nombor pengangka sahaja
(sekiranya nombor pengangka melebihi nombor penyebut, tukarkan jawapan adik-adik ke dalam bentuk nombor bercampur)
Contoh 1:
5/6 + 2/6 + 4/6 = ?
Penyelesaiannya ialah,
Tambahkan pecahan pertama & kedua, kemudian baru tambahkan pecahan tersebut dengan pecahan yang ketiga.
Tukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur.
Berikut merupakan cara-cara menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur,
Hasilnya ialah,
5/6 + 2/6 + 4/6 = 1 5/6
Contoh 2:
Ridhuan, Aman dan Ain perlu membuat hasil kraf tangan yang menggunakan bahan daripada kain. Oleh itu, Ridhuan telah membeli 2/8 meter kain. Aman pula membeli 3/8 meter kain manakala Ain berjaya membeli 5/8 meter kain. Berapa jumlah meter kainkah yang terdapat pada mereka bertiga?
Penyelesaian:
1) keluarkan segala maklumat yang terdapat didalam soalan penyelesaian masalah
kata kunci :
jumlah meter kain (operasi tambah)
maklumat dari ayat :
Ridhuan beli 2/8, Aman beli 3/8, Ain beli 5/8
kehendak soalan :
berapa jumlah kain yang ada
2) tukarkan soalan penyelesaian masalah kepada ayat matematik
3) tambahkan sahaja nilai pengangka
(nilai penyebut ambil nilai yang telah diberikan sekiranya penyebutnya mempunyai nilai yang sama)
4) sekiranya jawapan yang diperolehi adalah pecahan tidak wajar, pecahan tersebut haruslah ditukarkan kepada pecahan bercampur
Hasilnya ialah
Jika nombor penyebut tidak sama...
Samakan nombor penyebut dahulu
(sekiranya nombor pengangka melebihi nombor penyebut, tukarkan jawapan adik-adik ke dalam bentuk nombor bercampur)
Contoh 1:
2/5 + 7/10 + 1/2 = ?
Penyelesaiannya ialah,
Tambahkan pecahan pertama & kedua,
Tambahkan pecahan kedua & ketiga,
Tukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur.
Berikut merupakan cara-cara menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur,
Hasilnya ialah,
2/5 + 7/10 + 1/2 = 1 3/5
Menolak Dua Pecahan
Untuk menolak pecahan,
perlu dilihat dahulu akan nombor penyebutnya
Jika nombor penyebut adalah sama..
tolakkan nombor pengangka sahaja
Contoh 1
3/4 - 1/4 = ?
Apa yang perlu dilakukan ialah menolak bahagian pengangka sahaja dan membiarkan nombor penyebut dengan nilai yang diberikan,
pengangka: 3-1 = 2
penyebut: 4
jadi jawapannya adalah...
2/4
Contoh 2
11/19 - 5/19 = ?
penyelesaiannya:
Tolakkan sahaja bahagian pengangka..
11 - 5 =6
Dan jawapan untuk penyebut adalah sama, jadi jawapannya adalah 6/19
Ayat matematik boleh ditulis seperti ini…
Jika Penyebutnya tidak sama...
Adik-adik haruslah mencari angka sepunya terkecil bagi kedua-dua denominator
@
menukarkan kepada pecahan setara yang sama penyebutnya
Contoh 1:
5/6 - 4/7 = ?
untuk itu, adik-adik perlu menyenaraikan sifir 6 dan 7 untuk cari angka sepunyai terkecil bagi 6 dan 7
sifir 6 sifir 7
6 7
12 14
18 21
24 28
30 35
36 42
42 49
hasilnya, angka sepunyai terkecil bagi 6 dan 7 ialah 42.
Apabila angka sepunya terkecil di perolehi,
maka langkah pengiraan di buat seperti contoh di bawah.
Contoh 2:
Penyelesaiannya:
1) keluarkan segala maklumat yang terdapat didalam soalan penyelesaian masalah
kata kunci :
bahagian kek yang tinggal (operasi tolak)
maklumat dari ayat :
sebiji kek dipotong 8 (8/8), 1/4 bahagian dimakan
kehendak soalan :
berapa bahagian kek yang tinggal
2) tukarkan soalan penyelesaian masalah kepada ayat matematik
3)cari nilai angka sepunya terkecil bagi kedua-dua penyebut
sifir 8 sifir 4
8 4
16 8
24 12
(angka sepunya terkecil bagi sifir 4 dan sifir 8 ialah 8)
No comments:
Post a Comment