PERPULUHAN


  1. Sistem angka perpuluhan ialah sistem angka yang menggunakan angka sepuluh sebagai asas.
  2. Ia merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan. Perpuluhan sangat mirip dengan pecahan .Perbezaannya ialah bahagian penyebutnya selalunya melibatkan nombor-nombor 10,100,1000 dan lain-lain.
  3. Dalam perpuluhan,simbol titik (.) digunakan.Simbol titik ini bertujuan untuk memisahkan angka perpuluhan daripada setiap nombor bulat disebelah kiri titik perpuluhan.


Contoh-contoh lain:

  1. 0.4-dibaca sifar perpuluhan empat
  2. 0.04-dibaca sifar perpuluhan sifar empat
  3. 1.2-dibaca satu perpuluhan dua
  4. 1.12-dibaca satu perpuluhan satu dua
  5. 11.45-dibaca sebelas perpuluhan empat lima


  •    Penukaran daripada pecahan kepada perpuluhan:


3/10 ditukarkan kepada perpuluhan dengan menggerakkan 

titik perpuluhan kekiri mengikut bilangan sifar menjadi 0.3





  •      Penambahan dalam perpuluhan:







Penolakkan dalam perpuluhan:










12.372

Dua belas perpuluhan tiga tujuh dua





Maknanya 12.372 boleh dicerakinkan seperti berikut:

10+ 2 + 0.3 + 0.07 + 0.002  atau 1 puluh + 2 sa + 3 persepuluh + 7 perseratus + 2 perseribu

 * Nilai tempat mesti ditulis dalam perkataan

 * Nilai digit ditulis dalam angka.



Pecahan kepada Perpuluhan


MENUKARKAN PERPULUHAN KEPADA PECAHAN

  • Tuliskan perpuluhan dibahagikan dengan 1, seperti ini: perpuluhan / 1

  • Darabkan bahagian atas dan bahagian bawah sebanyak 10 bagi setiap nombor selepas titik perpuluhan. (Sebagai contoh, jika terdapat dua nombor selepas titik perpuluhan, maka darabkan dengan 100, jika terdapat tiga, darabkan dengan 1000, dan lain-lain.

  • Permudahkan pecahan.

  • Contoh: Ungkapkan 0.75 sebagai pecahan. Tuliskan 0.75 dibahagikan oleh 1 = 0.75/1

  • Darab bahagian atas dan bawah oleh 100 (ada 2 angka selepas titik perpuluhan supaya adalah 10 × 10 = 100). Oleh itu, 0.75/1 = 75/100

  • Permudahkan pecahan tersebut: 75/100 = 3/4.



MENUKARKAN PERPULUHAN KEPADA PERATUSAN

  • Untuk menukar dari perpuluhan peratus, darabkan perpuluhan dengan 100, tetapi ingat untuk meletakkan tanda "%" supaya orang tahu ia adalah per 100.

  • Cara mudah untuk mendarabkan dengan 100 adalah untuk menggerakkan titik perpuluhan 2 tempat ke kanan. Oleh itu: 






 Pendaraban Perpuluhan

Ø  Mendarabkan nombor perpuluhan tidaklah sesukar yang disangka.
Ø  Apa yang penting adalah untuk mengetahui perkara-perkara yang boleh diabaikan terlebih dahulu sebelum operasi pendaraban di lakukan dan mengetahui cara meletakkan semula titik perpuluhan pada tempatnya.

Contoh :
0.2 x 6.03=?

Langkah 1 : Abaikan titik perpuluhan. Tukarkan nombor perpuluhan kepada   
                      nombor bulat.  


2 × 603 = 1206 


Sekarang, kita semak semula kedudukan titik perpuluhan. 0.2mempunyai satu tempat perpuluhan dan 6.03 mempunyai dua tempat perpuluhan menjadikan tiga tempat perpuluhan semuanya. Jadikan 1206 kepada nombor yang mempunyai tiga tempat perpuluhan dengan mengerakkan titik perpuluhan bermula dari kanan nombor.

= 1.206



Pembahagian Perpuluhan

Ø  Untuk membuat pembahagian perpuluhan, kita perlulah menukarkan pembahagi kepada nombor bulat terlebih dahulu.


Contoh:
                                  0.58 / 0.2 = ?


Jalan penyelesaian: (0.58 x 10 ) / (0.2 x 10)
                                 = 5.8 / 2
                                 = 2.9
                     




Penggunaan konsep perpuluhan dalam kehidupan seharian:

*      Konsep perpuluhan ini banyak digunakan dalam kehidupan seharian seperti dalam penggunaan ukuran panjang,berat,tinggi dan sebagainya.
*      Nilai mata wang juga menggunakan konsep perpuluhan 




6 comments: