WANG

Definisi Wang



Wang boleh didefinisikan sebagai benda-benda yang diterima oleh masyarakat sebagai alat pertukaran diantara barang-barang dan perkidmatan-perkhidmatan.Ini bermakna, apa benda pun boleh diterima oleh masyarakat sebagai wang.


Catatan sejarah menunjukkan bahawa pelbagai benda telah di gunakan oleh manusia sebagai wang. Ini termasuklah lembu, biri-biri, tembakau dan kulit siput.


Di Semenanjung Malaysia, bijih timah, perak dan emas juga pernah di gunakan sebagai wang.


Sebelum wang diperkenalkan, manusia menukarkan barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan secara lansung untuk memperolehi barang-barang dan perkhidmatan lain. Misalnya, penanam padi yang memerlukan ikan terpaksa menukar padinya dengan nelayan.


Pertukaran secara lansung barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan yang serupa ini dikenali sebagai sistem barter (sistem tukar barang). Sistem ini hanya dapat diamalkan dalam masyarakat primitif di mana kegiatan pengeluaran hanya bertujuan untuk saradiri sahaja dan pertukaran yang mungkin di lakukan adalah amat sedikit.


Akan tetapi sistem barter menghadapi banyak masalah dalam ekonomi moden yang banyak melakukan pengkhususan.


Oleh kerana dalam ekonomi moden, kehendak dan keperluan manusia dalah pelbagai maka tidak mungkin bagi kita menjalankan pertukaran lansung barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan dengan menggunakan sistem barter.




http://www.slideshare.net/lihling35/bbb-untuk-tajuk-wang?related=1

No comments:

Post a Comment